home button

Johor

PONTIAN, 25 Mac 2021 - Seramai 10 orang wakil Persatuan-Persatuan Belia Daerah Pontian hadir dalam program santai yang diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Agenda Majlis yang bermula jam 2.30 petang tersebut antaranya ucapan Yang DiPertua Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian, Saudara Mohd Iskandar bin Selamat yang menyentuh isu-isu Pentadbiran Persatuan, Pendaftaran ahli Southern Volunteer (SV) dikalangan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan kepentingan Persatuan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Majlis itu juga, YBrs Encik Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian menerangkan berkaitan aktiviti - aktiviti terkini yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan seperti Anugerah Perdana Belia Negara (APBN), Sukarelawan MyVAC dan lain-lain lagi.

Diharapkan penjelasan dan sesi dua hala ini akan menjadi pemangkin kepada semua belia Daerah Pontian. Program tamat kira-kira 4.00 petang.

#DekadIniDekadAnda

#BeliaPrihatin

#HapusCOVID19

Disediakan oleh PBSD Pontian

Muar 27 Mac 2021 - PBSD Muar bersama 20 orang sukarelawan belia dari Majlis Belia Daerah Muar menyertai aktiviti Gotong Royong sempena Program Hari Air Sedunia - Program Melestarikan Sungai Peringkat Daerah Muar bertempat di Sepanjang Sungai Bentayan.

Program ini turut diadakan acara balingan Mud Ball ke dalam sungai terbanyak di Malaysia yang akan direkodkan oleh Malaysia Book Of Record (MBOR) .Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Datuk Haji Shamsuddin,  Pegawai Daerah Muar. 

Harapan Tuan Pegawai Daerah supaya program ini bukan la program one off dan akan berterusan sepanjang tahun.

Disediakan oleh PBSD Muar

MERSING, 24 Mac 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Kelab Belia Sepakat Bandar (BSB) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sri Pantai, Mersing telah melaksanakan Program Rakan Muda Day Out Daerah Mersing Siri 2 Tahun 2021 dan Program Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Johor Daerah Mersing Siri 2 Tahun 2021 pada 23 Mac 2021 (Selasa) bertempat di Balai Raya Kampung Sri Pantai, Mersing dan rumah penduduk Kampung Sri Pantai, Mersing dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini adalah membersihkan dan menceriakan tandas balai raya serta aktiviti gotong-royong membaiki lantai dan dinding rumah Tuan Haji Alias bin Mat Noor, penduduk Kampung Sri Pantai, Mersing yang telah reput dimakan anai-anai. Program ini telah disertai oleh 10 orang penduduk Kampung Sri Pantai, Mersing.

Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing turut hadir bersama-sama Encik Zinal bin Muhamad, mantan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sri Pantai.

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan sentiasa dipatuhi semasa program ini berlangsung bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 dapat dikekang.

#TEAMKBS

#TEAMJBSN

#PBSDMERSING

#RAKANMUDA

#patuhsop

#KitaJagaKita

Disediakan oleh PBSD Mersing

23 Mac 2021 Johor Bahru, - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Senggarang telah menganjurkan Program Sukan Integrasi OKU 2020 Peringkat Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor (KOMBES) dan Superbowls JB Leisure Mall. Program ini merupakan platform untuk mengcungkil bakat baharu dalam kalangan OKU. Program ini melibatkan 5 jenis acara sukan iaitu Ping Pong, Badminton, Lawn Bowl, Tenping Bowling, manakala sukan catur pula dilaksanakan secara virtual. Seramai 85 orang peserta telah menyertai program ini. Majlis Penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor En. Shamsuhaime bin Basir.

Disediakan oleh JBS Johor