Kompleks Sukan Labuan, 16 Feb - Program Belia Prihatin yang diselaraskan oleh Ahli Parlimen Belia Labuan, Majlis Belia Labuan (MBL) dan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) WP Labuan telah turun padang membantu pengagihan pakaian terpakai kepada mangsa kebakaran di Jalan Rancha-Rancha, Batu Arang petang tadi.
Tragedi kebakaran yang melibatkan 46 pintu rumah menyebabkan seramai 105 orang mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Semua mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Labuan dan pengurusan mangsa dikoordinasikan agensi-agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Labuan, Angkatan Pertahanan Awam WP Labuan, RELA dan Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Menurut Cik Nazera binti Roslan, Ahli Parlimen Belia Labuan yang juga Pemimpin ARPRM, diharapkan sumbangan pakaian terpakai tersebut dapat membantu sedikit sebanyak mangsa tragedi kebakaran selain memberi pendedahan kepada belia secara hands-on mengenai kerja-kerja kesukarelaan.
 
1 3