Pasukan Para Boling Padang Wilayah Persekutuan Labuan di bawah seliaan jabatan ini dan PESRON Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan latihan akhir sebelum berangkat menyertai Sirkit Para Boling Padang yang akan diadakan pada 18-22 Mei 2022, di Pusat Boling Padang Negara, Kompleks Sukan Boling Padang, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pengurus Pasukan, En Mat Daud Bin Hj. Mohamad dan Jurulatihnya En. Abdul Hajis Nikman, manakala 4 org atlet yang akan turut serta ialah Pn. Yanti Aspar (B8), Cik Asmaliza Tuah (Kategori B8), Mohd. Shahrum Bin Suhaili (Kategori B7) dan En. Sumerio Ginut (Kategori B6).

En Mat Daud Hj Mohamad dan En. Abdul Hajis Nikman merupakan pemenang Pingat Emas, Para Lawn Bowls Berpasukan (Kategori B7) pada kejohanan Para Sukma Perak 2018 diyakini akan memberikan latihan dan tunjuk ajar terbaik buat atlet-atlet ini meneruskan perjuangan di sirkit itu nanti.

 

1