home button

Labuan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 18 Julai 2020, Sabtu – Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung bertempat di hotel Grand Dorsett Labuan. Tujuan anugerah ini adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada organisasi belia dan individu yang telah memberi sumbangan terhadap pembangunan belia dan masyarakat dalam pelbagai bidang. Selain itu, ia juga adalah wadah untuk memberi galakan dan motivasi kepada belia-belia khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan agar terus berbakti dan memberi sumbangan kepada pembangunan belia seterusnya menunjukkan kepada masyarakat umum betapa pentingnya peranan mereka dalam pembangunan negara. Sesi penilaian ini dibarisi oleh panel-panel berkaliber dari beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Kategori pertubuhan disertai oleh 3 persatuan, manakala bagi kategori individu pula disertai oleh 8 orang peserta.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 17 JULAI 2020 ~ Perhimpunan bulanan bagi siri 1 dan 2 Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 10 Julai yang lepas di My Park, Komplek Sukan Labuan. Majlis yang sederhana tersebut telah diadakan bagi menyampaikan amanat kepada semua warga Kompleks Sukan Labuan dalam menghadapi pendemik yang menjejaskan seluruh dunia. P Pengarah, Cik Mahanum Binti Fauzi telah menyampaikan amanat tersebut dan seterusnya menyampaikan anugerah pekerja cemerlang kepada semua warga Kompleks pada hari tersebut. Dalam melaksanakan aktiviti adan menjalankan pekerjaan harian, pengarah turut mengigatkan kepada semua warga Kompleks Sukan Labuan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam memutuskan rantaian pendemik ini.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN , 15 JULAI 2020 ~Jabatan Belia dan Sukan Labuan (JBS) dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) berjaya menganjurkan pertandingan video kreatif bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Walaupun tiada acara sambutan yang dilaksanakan, tetapi kedua-dua pihak (JBS dan MBL) telah mengambil inisiatif mengadakan pertandingan secara virtual sebagai pengisian bagi meraikan Hari Belia Negara tahun 2020. Pertandingan video kreatif ini bertujuan untuk menyokong, memberi kata-kata semangat dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Frontliner yang bertungkus-lumus memerangi wabak Covid 19. Selain itu, ianya dapat mencungkil bakat kreatif dan inovatif golongan belia di Labuan. Pertandingan bermula pada 4 Mei 2020 sehingga 21 Mei 2020 dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Video yang dipertandingkan juga diharapkan akan memberi kesedaran kepada semua golongan betapa pentingnya masyarakat perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung wabak Covid 19. Penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan Cik Mahanum Binti Fauzi.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 8 JULAI 2020 ~ Kunjung hormat yang diadakan oleh pegawai dari Jabatan Penerangan Labuan bersama pengarah semalam dalam membincangkan beberapa perkara yang akan diadakan secara kolaborasi sepanjang PKPP ini. Pengarah, Cik Mahanum Binti Fauzi telah sentiasa memberikan respon yang positif bagi pembangunan sukan dan belia di pulau mutiara ini. Wakil jabatan penerangan juga turut mengucapkan terima kasih atas bantuan serta nasihat yang dikongsikan.