WORLD WALKING DAY 1

 

YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan telah meluangkan masa dengan warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini dengan berjalan di Taman Empangan Putrajaya sebagai simbolik sokongan kepada sambutan World Walking Day 2021 (WWD) yang diraikan pada 3 Oktober setiap tahun.


Sebanyak 170 buah negara termasuk Malaysia telah melibatkan diri dalam sambutan World Walking Day 2021 (WWD) yang dianjurkan oleh The Association For International Sports For All (TAFISA), sebuah badan antarabangsa dalam gerakan sukan untuk semua
Sambutan WWD2021 di Malaysia telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Majlis Leisure & Rekreasi Malaysia (MARFIMA) sebagai salah satu acara untuk memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021.


YB Dato' Seri Ahmad Faizal menyatakan orang ramai perlu menjadikan senaman berjalan kaki sebagai sebahagian daripada gaya hidup aktif yang mampu mencegah dari pelbagai penyakit.
Turut serta dalam sesi WWD 2021 peringkat KBS adalah YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia Sukan Negara (JBSN) dan warga Kementerian Belia dan Sukan.
Ayuh Keluarga Malaysia! Terus kekal aktif dan jadi sebahagian daripada 2.5 juta rakyat yang meraikan HSN2021. Jom daftar acara anda sekarang. Layari www.harisukannegara.my untuk maklumat lanjut.