WhatsApp Image 2021 04 23 at 8.01.16 AM
22 April 2021, Khamis - Telah berlangsungnya Webinar Youth Talent MyFit@Motosports yang dihoskan oleh Puan Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Pembaca Berita Sukan TV3. Panel pada sesi webinar ini adalah Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Muizz Ali, Setiausaha Agung Motosports Association Malaysia (MAM).
Sesi webinar ini telah membincangkan berkenaan beberapa perkara iaitu:
1. Hala tuju pembangunan sukan permotoran negara;
2. Peranan MAM dalam sukan permotoran;
3. Visi Sukan Negara 2030;
4. Program-program sukan permotoran akar umbi; dan
5. Prosedur Operasi Standard (SOP) sektor sukan dan rekreasi dalam sukan permotoran dan perlumbaan.
Diharapkan perkongsian pada sesi webinar ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton.