PUTRAJAYA, 25 MAC 2022 - Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Ibu Pejabat JBSN bertempat di Menara KBS.

Mesyuarat antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan tadbir urus dan pengurusan merangkumi semua bahagian di ibu pejabat termasuklah belia, sukan, rakan muda dan pengurusan & perkhidmatan sokongan (P&K).

Menurut Tuan Mohd Azhari, mesyuarat secara berkala ini adalah penting bagi memastikan setiap hala tuju dan gerak kerja pengoperasian adalah tertib, teratur dan tersusun.

"JBSN akan terus melaksanakan mesyuarat secara berkala bagi memantau pengoperasian jabatan adalah berada di tahap terbaik seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," ujar beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Puan Azura Haji Sarbin, pengurusan dan warga kerja ibu pejabat JBSN.

Ditulis oleh: Media JBSN