IPOH, 13 OGOS 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS Negeri Perak) dengan sempurnanya berjaya menganjurkan program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Perak bertempat di Padang Polo, Ipoh.

Pelbagai pengisian disediakan khusus buat warga negeri Perak antaranya larian santai dengan berpakaian tradisional, congkak, kabbadi, tarik tali dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Aktif @ Sukan Tradisional merupakan platform buat masyarakat menghargai warisan turun temurun di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

"Program sebegini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri melalui penganjuran aktiviti khusus bagi membangkitkan kenangan silam di samping menyokong hasrat kejayaan di dalam menyemai pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat," tambah beliau.

Turut hadir, Pengarah JBS Negeri Perak, Encik Mohd Soufi Mohd Ibrahim.

Ditulis oleh: Media JBSN