PUTRAJAYA, 8 MAC 2022 - Warga Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) turut sama meraikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2022 bertempat di Dewan Podium, Menara KBS di sini, hari ini.

Bertemakan Saksama Bersama, sambutan ini telah disempurnakan oleh Penaung PUSPANITA Cawangan KBS, YBhg. Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Pelbagai pengisian telah disediakan bagi bersama memeriahkan sambutan Hari Wanita Peringkat KBS antaranya sesi kecergasan bersama Kevin Zahri, pameran dan pemeriksaan kesihatan.

Hari Wanita disambut secara tahunan sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.

Team JBSN diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda), YBrs. Puan Azura Haji Sarbin. Selamat Hari Wanita!

Ditulis oleh: Media JBSN