bhg sukan 1

 

Kampung Pandan, 27 Julai 2020 - Seramai 15 orang Instruktur Tahap 1 telah berjaya menamatkan Kursus Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 2 peringkat Kebangsaan dengan menggunakan medium online dan offline.

Kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit & Gorgeous telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 18 hingga 26 Julai 2020 di Kompleks Belia dan Sukan WP. Kuala Lumpur.

Pengarah JBS W.P. Kuala Lumpur, En. Asmori bin Sa'ari telah merasmikan majlis penutup bagi kursus tersebut pada 27 Julai. Dalam ucapan beliau menekankan agar peserta dapat menggunakan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi menerusi kursus ini dalam kerjaya masing-masing dalam melahirkan negara sukan dengan penglibatan lebih ramai penyertaan senamrobik di peringkat akar umbi.