WhatsApp Image 2021 01 22 at 12.41.20 PM

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2021- Sukan Untuk Semua Live Siri 5: Jom Belajar Bahasa Isyarat telah diadakan menerusi platform virtual online menggunakan aplikasi Zoom dan Facebook Live. Seramai 12 orang peserta telah menyertai sesi kelas dua Hala dan seramai 1100 orang telah menonton secara langsung melalui pautan Facebook Live. Tenaga pengajar bagi sesi ini ialah Saudara Chan Kok Sheng dari Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia. Sesi ini bermula tepat pukul 10 pagi dan mengambil masa 90 minit untuk berakhir pada pukul 11.30 pagi.