webinar_diebetes.jpg
 
 
PUTRAJAYA - Telah dilaksanakan Siri terakhir Webinar Sukan Untuk Semua secara live pada 8 April 2021 (Khamis) jam 11.00 pagi yang membicarakan berkaitan topik Pengurusan Diabetes dengan Senaman bersama ahli panel Dr. Lim Boon Hooi, Associate Professor Center for Sports and Excercise Sciences UM dan Encik Syarul Azman Mahen, Atlet Bina Badan Malaysia. Siri Webinar ini dikendalikan oleh Encik Anil Alagu selaku moderator.
 
Ahli panel turut mengupas tentang faedah senaman sebagai salah satu rawatan alternatif untuk menangani masalah diabetes kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan, tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
 
Sebagai tambahan, ahli panel turut mengupas tentang mitos-mitos berkaitan diabetes agar orang awam lebih arif dalam menangani diabetes.