WhatsApp Image 2021 04 06 at 3.29.25 PM

6 APRIL 2021 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Webinar Sukan Untuk Semua Live Siri ke-13 membincangkan cabaran  bidang kesukarelaan dalam pembangunan sukan OKU bersama panel jemputan Yuhanis Adnan, dari Centre for Sports and Exercise Universiti Malaya, Puan Hajah Salmah binti Jopri dari Bahagian Khas Pendidikan Khas dan Puan Hajah Dr. Ruziah binti Ghazali dari Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) yang dikendalikan oleh Cik Azhani Hazis selaku moderator.

Forum yang berlangsung membincangkan peranan tiga rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam pelaksanaan sukan dan sukarelawan OKU iaitu KPM, PKOKM selaku wakil penggerak/badan sukarelawan OKU dan Universiti Malaya selaku Institusi Pendidikan Tinggi.

Forum ini menjadi platform perbincangan antara panel dari sudut masing-masing mengenai cabaran, program dan usaha yang dihadapi oleh ketiga-tiga pihak panel serta mengupas idea tentang bagaimana kerjasama dapat dibentuk bersama JBSN bagi memartabatkan OKU melalui Sukan dan Kesukarelawanan.