May be an image of 1 person, standing and indoor

 

1 APRIL 2021, KHAMIS - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Webinar Sukan untuk Semua Live Siri 12 bertajuk cabaran Sukan Warga Emas bertempat di Gimnasium, Menara KBS.
 
Antara ahli panel mengupas tajuk tersebut ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus, Ketua Pegawai Eksekutif WorldWellness Network Sdn Bhd, YBrs. Dr. Sheleaswani binti Inche Zainal Abidin,Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Azizah binti Othman, Master Trainer for Fitness Instructor Certification Courses/Certified Trainer for the Older Adults dan Puan Aini Jais, Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sebagai moderator webinar.
 
Intipati yang dikupaskan sepanjang webinar ini berlangsung adalah berkaitan penuaan yang sihat, amalan penjagaan pemakanan dan kecergasan di kalangan warga emas. Turut menekankan kepentingan kerjasama ahli keluarga serta komuniti setempat dalam memastikan penuaan yang sihat iaitu warga emas tersebut sihat dan bukan setakat tiada penyakit tetapi sihat dari segi fizikal, mental dan rohani.
 
Webinar ini telah diadakan selama satu jam secara Siaran Langsung di Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negara. Selain itu webinar ini juga turut membincangkan mengenai senaman fizikal bagi mengaktifkan minda di kalangan warga emas dan cabaran serta usaha menanganinya di dalam situasi pandemik Covid19.
 
Webinar ini juga menjadi medium perkongsian pengalaman dari perspektif pakar perubatan dan kecergasan. It is not how old you are, it is how much you move.