WhatsApp Image 2021 03 30 at 4.58.18 PM
 
30 Mac 2021 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Webinar Sukan untuk Semua Live Siri 11 bertajuk Pembangunan Sukan Para bertempat di Gym, Menara KBS. Panel terdiri daripada Encik A.Raman bin Musbah (Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU,Bahagian Pembangunan Sukan), Encik Sofian bin Hamzah (Pengarah Bahagian Paralimpik, MSN) dan Encik Muhammad Ziyad Zolkefli (Atlet Paralimpik Kebangsaan).                     
                             
Forum yang berlangsung lebih sejam membincangkan peranan JBSN serta Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pembangunan Sukan Para secara berperingkat dimana penonton diperkenalkan kepada program pengenalan bakat sukan OKU /Para oleh JBSN seperti program Inspire iTalent dan Inspire ITrain serta program-program MSN seperti Program Bakat Para, Program Atlet Pelapis Para, Program Podium Para dan lain-lain. Turut dibincangkan dalam forum ini, cabaran serta usaha JBSN dan MSN dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19. Forum ini juga menjadi platform perkongsian pengalaman dari perspektif  seorang atlet paralimpik kebangsaan yang menceritakan perjalanan beliau sehingga menjadi seorang atlet paralimpik kebangsaan.