BATU GAJAH, PERAK 5 Mac 2018 – Seramai 200 orang usahawan dari seluruh negara menyertai Seminar Penjenamaan dan Pembungkusan Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah diadakan dari 2 - 4 Mac 2018 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah Perak. Seminar ini dijalankan secara kerjasama bersama APBM Batu Gajah, SIRIM Berhad, Jabatan Agama Islam Perak, "Federation of Malaysian Manufacturers" dan MyIPO. Antara isi kandungan seminar ini adalah Taklimat Persijilan Halal, "Barcode" dan Cop Dagangan. Seminar ini dirasmikan oleh Ybhg Dato' Lokman Hakim bin Ali,Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 3 Mac 2018. YBhg. Dato’Lokman Hakim bin Ali juga berkesempatan melawat ke pameran usahawan selapas majlis perasmian diadakan. Majlis penutup seminar disempurnakan oleh Cik Azura binti Abidin, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara.