KUALA LUMPUR, 31 MAC 2022 - KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Pekak Malaysia.

Kontinjen Malaysia akan menyertai Sukan Deaflympic Ke-24 bertempat di Caxias Do Sul, Brazil bermula 1 hingga 15 Mei 2022 diketuai oleh Chef de Mission, saudara Ong Shin Ruenn.

Sebanyak 5 acara yang akan disertai kontinjen Malaysia antaranya olahraga, badminton, karate, basikal bukit dan basikal lebuh raya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Selamat berjaya diucapkan kepada kontinjen Malaysia, JBSN Bersama!

Ditulis oleh: Media JBSN