370 x 270 pixel

PROGRAM KAYUHAN BERBASIKAL BERSAMA YBHG. DATUK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
 

PUTRAJAYA, 2 DISEMBER 2020 – Program Kayuhan berbasikal bersama YBhg. Datuk Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Datuk M. Noor Azman bin Taib anjuran Bahagian Pembangunan Sukan telah dilaksanakan bermula 2 Disember 2020. Turut hadir bersama YBhg. Datuk KSU, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) YBrs. Encik Abdullah bin Hasan. Program ini dianjurkan pada setiap rabu dan jumaat sepanjang bulan Disember dan melibatkan penyertaan daripada kakitangan KBS. Objektif program ini adalah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan penjawat awam. Program ini diharapkan mampu membentuk anggota perkhidmatan awam yang aktif, berdisiplin, cergas serta mempunyai daya saing yang tinggi dalam mendepani setiap cabaran.