WhatsApp Image 2021 01 12 at 12.24.30 PM

Kuala Lumpur, 12 Januari 2021 - Program Jom Belajar Bahasa Isyarat Malaysia@Home Tahap 1 telah bermula hari ini menerusi platform virtual Zoom. Pelaksanaan program meliputi 5 modul, bermakna setiap peserta akan mengikuti 5 sesi Yang dibahagikan kepada 5 modul iaitu Pengenalan Diri, Keluarga, Masa / Tempat, Pekerjaan / Sukan dan Ujian Penilaian sepanjang bulan Jan-Feb 2021 bagi melengkapkan Tahap 1. Jumlah keseluruhan peserta program ialah 168 orang yang dibahagi kepada 11 kumpulan mengikut zon dari seluruh negara di mana 15 orang sahaja akan mengikuti setiap sesi kelas bagi memudahkan proses pembelajaran secara efisyen. Tenaga pengajar untuk program ini diketuai oleh En. Cyril Chan dari MS Deaf. Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negara dengan kerjasama MS Deaf.