Program FitMalaysia semakin sinonim sebagai salah satu program ikonik KBS yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Setelah hampir 4 bulan tidak bersua, kini, ia kembali dengan FitMalaysia Virtual Run 2020 yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPP. Ayuh rakyat Malaysia, sertai larian virtual secara percuma sejauh 10km bermula 1 – 31 Ogos 2020 ini!!! Pendaftaran telahpun dibuka sehingga 31 Julai 2020 melalui pautan https://www.jomrun.com/event/Fit-Malaysia-Virtual-Run-2020. Setiap penyertaan yang menghabiskan larian virtual 10km akan menerima sijil digital dan anda berpeluang menjadi 10,000 peserta pertama mendaftar yang akan menerima medal. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki t-shirt ekslusif FitMalaysia Virtual Run 2020 dengan hanya RM19 dan setiap pembelian anda, sebanyak RM3 akan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). MEMBELI sambil BERAMAL

Apa tunggu lagi? Jom daftar!!!
#LetsGetFit
#FitMalaysia