myfit 1

PUTRAJAYA, 24 Julai 2020 (Jumaat) – Program Fit & Active 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 Julai 2020 (Jumaat) oleh Bahagian Penggalakan dan Pembangunan Sukan bersama Timbalan Pengarah iaitu Puan Siti Anura Binti Rais.

Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari telah dilaksanakan dengan mengambil langkah-langkah SOP yang berkuasa berikutan penularan wabak Covid-19 serta sentiasa mengamalkan kebersihan yang bertempat di Dewan Serbaguna Podium, Menara KBS Putrajaya.

 myfit2

Jumlah perserta yang hadir semasa program tersebut adalah seramai 27 orang dan diikuti dengan 4 orang jurulatih untuk program ini iaitu Kevin Zahri, Andy Teh, Gayatri Pillay dan Nadirah.Turut hadir sama ke program ini adalah Ketua Timbalan Pengarah iaitu Encik Mohd Azhari Bin Mohammad dan program berakhir pada jam 11.50 pagi.