WhatsApp Image 2021 01 07 at 2.36.31 PM

PUTRAJAYA, 7Januari 2021 - Dalam usaha memupuk semangat masyarakat Malaysia untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif khususnya dalam suasana Pandemik Covid-19, KBS telah mengambil inisiatif dengan mengadakan sesi Webinar bertajuk Malaysia Cergas yang melibatkan seramai 3 orang panel iaitu YBrs.Profesor Dr. Md Amin Bin Md Taff (Tim. Naib Canselor UPSI), YBrs. Profesor Madya Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden (Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Sukan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM) dan YBrs. Profesor Madya Zulkifli Abdul Kadir (Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam). manakala moderator bagi sesi ini telah dipertanggungjawabkan kepada Saudara Azlan Mubin.

Pelbagai isu telah dikupas dan antara tajuk yang telah disentuh oleh panel seperti: Pembudayaan aya hidup aktif di kalangan masyarakat, Pendekatan sains sukan dalam pembudayaan sukan dan Kawalan nutrisi dalam menjalani gaya hidup cergas.