PUTRAJAYA, 9 MEI 2022 - Pembangunan sukan di peringkat akar umbi termasuklah melibatkan pencarian bakat baharu merupakan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

JBSN sentiasa menyokong usaha proaktif yang digerakkan persatuan-persatuan sukan di peringkat akar umbi terutamanya melibatkan aktiviti dan program pembangunan sukan di samping memperkasakan pengurusan yang tertib, teratur dan sistematik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur atas pelancaran jersi baharu bagi kegunaan tahun 2022 - 2023 di mana majlis pelancaran telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker bertempat di Bike and Beans, Putrajaya.

Menurut YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, usaha yang digerakkan persatuan adalah amat baik selaras dengan hasrat membentuk pasukan bagi bersaing di kejohanan di samping melahirkan bakat-bakat baharu sukan berbasikal.

JBSN diwakili Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Tony Azman Hassan.

Ditulis oleh: Media JBSN