HBN selangor 2

SUBANG, 30 JUN 2019
: Sambutan Hari Belia Negara dan Youth Business Expo(yBex) @ Selangor 2019 peringkat Negeri Selangor telah berlangsung bertempat di The Summit USJ bermula 29 hingga 30 Jun 2019. Program yang berjalan selama 2 hari ini menyediakan 26 aktiviti, 17 pameran, dan 40 jualan. Antaranya ialah #youthpower Fun Run, pameran usahawan, Biz Talk, Product Pitching, Youth Voice Idol, pertandingan mewarna, beyblade battle, pameran kesihatan, pameran agensi, bengkel kemahiran (Seni Clay, mencanting dan mewarna batik, gubahan bunga,coklat dan bunga tangan) dan lain-lain lagi menanti pengunjung. Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara & Youth Business Expo (yBex) peringkat Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh Tuan Khairuddin bin Othman, EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan mewakili Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadir semasa perasmian Dr. Zainah binti Shariff,Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia.

Disediakan Oleh :
Fairoez Zaheeda binti Yusof
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh :
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia