SB2
 
Ahad, 28 Mac 2021 - Rentetan daripada pembukaan sektor sukan dan rekreasi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, operasi premis dan fasiliti sukan adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP Sektor Sukan dan Rekreasi.
 
Sebahagian daripada agenda lawatan rasmi Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof ke negeri Perak, beberapa lawatan ke premis dan fasiliti sukan dan rekreasi telah diaturkan antaranya ke Anson Sport Centre dan Jesse Jenn Ballet and Arts di Teluk Intan.
 
Selain itu, rombongan dari Ibu Pejabat JBSN Putrajaya turut dibawa melawat Kompleks Sukan Bagan Datuk, Pusat Latihan Paralimpik di Bethany Home, Pusat Fertigasi Cili di Padang Tembak dan beberapa lokasi di sekitar daerah Hilir Perak.
 
Turut serta, Encik Soufi Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Encik Syahmi Anis, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak. Bahagian Pembangunan Sukan diwakili Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi.