WhatsApp Image 2021 03 20 at 2.48.54 PM

SEPANG, 19 Mac 2021: Majlis Pelancaran Rasmi Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara di Paddock Selatan, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Turut hadir bersama adalah Tan Sri Mokhzani Mahathir yang merupakan Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Encik Ron Hogg selaku Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd (penganjur). Perasmian ini diadakan bagi memperkenalkan pasukan yang bertanding bagi tahun ini. Sebanyak 10 pusingan akan diadakan sepanjang tahun 2021.