Yasin23April
 
23 April 2021, Jumaat - Satu Majlis bacaan Yassin dan Tazkirah pagi Jumaat telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan Sukan (BPS), Aras 13 Menara KBS dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah BPS, Encik Mohd Azhari bin Mohammad. Majlis tersebut di adakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah dan tali persaudaraan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negara.
 
Sesi takzirah telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Abd Hamid yang menekankan mengenai kepentingan menjaga hubungan sesama manusia serta kebaikan- kebaikan yang dituntut oleh Allah S.W.T.
 
Semoga dengan usaha yang dilakukan ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah di bulan yang mulia ini, Ramadhan.
 
Salam Ramadhan Al-Mubarak.