Bangi, 18 November 2021 - YBrs. Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan bersama YBhg. Datuk Haji Abu Samah bin Haji Abd Wahab selaku Presiden Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) telah menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Libat Urus Penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Basikal yang telah berlangsung dari 17 November 2021 hingga 18 November 2021 bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Pada majlis tersebut YBhg. Datuk Haji Abu Samah bin Haji Abd Wahab telah menyerahkan dokumen resolusi dapatan perbincangan kepada YBrs. Encik Mohd Azhari bin Mohammad. Seperti yang dimaklumkan oleh YBrs. Encik Mohd Azhari bin Mohammad dalam ucapan beliau, dokumen tersebut akan diperhalusikan lagi sebelum diangkat untuk perhatian Pengurusan Tertinggi KBS.Seterusnya, perbincangan lanjut bersama agensi dan kementerian berkaitan akan diadakan sebelum memperkasakan cadangan yang disampaikan oleh barisan panel.Dikesempatan itu juga, pihak PKBM turut menyerahkan Lesen UCI Cycling For All kepada Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan sebagai simbolik usaha kerjasama antara PKBM dengan JBSN untuk mempromosikan penggunaan lesen tersebut kepada komuniti sukan berbasikal. Maklumat lanjut dan manfaat berkenaan lesen UCI tersebut boleh diperolehi di laman sesawan rasmi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.