PUTRAJAYA, 27 Disember 2016 -Hong Kong Sea Cadet Corps merupakan sebuah Ngo yang bernaung di bawah Hong Kong Award For Young People dan merupakan Badan Operasi Program Duke Of Edinburgh's International Award. Lawatan ini disertai seramai 26 orang peserta dan diketuai oleh Lt Cdr Ng Yun Fat. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta berkaitan operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia serta menjalinkan hubungan persahabatan di antara dua buah negara serta melawat tempat - tempat menarik di Malaysia.