Kuala Nerus, 27 Ogos 2019 – Bahagian Pembangunan Sukan, Cawangan Kecergasan Nasional dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Ujian Kecergasan Jasmani Kesihatan Tahap 2 peringkat negeri yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus Terengganu.

Seramai 30 orang Pegawai Belia dan Sukan dari seluruh negeri telah menyertai kursus ini termasuklah dari Sabah, Sarawak dan Labuan. Antara pengisian kursus ini adalah melibatkan slot Kecederaan Sukan, Asas CPR, Asas Pemakanan, Kesihatan Mental dan sebagainya. Barisan tenaga pengajar pula terdiri daripada pensyarah-pensyarah berpengalaman dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Objektif utama kursus ini adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan mutu kemahiran penguji UKJK semasa menjalankan kerja lapangan dan menjadi nilai tambah kepada penguji supaya lebih yakin serta lebih berketerampilan.

Perasmian dan penyampaian sijil kepada penceramah dan peserta kursus ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj Mohd. Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Disediakan oleh,Muhamad Zulfadzlie Bin Jaafar