Kuala Pilah, 17 Ogos 2020 – Seramai 20 orang peserta telah berjaya menamatkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan.

Kursus ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kecergasan memberikan penekanan terhadap asas sains sukan kepada bakal instruktor. Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula dari 10 hingga 14 Ogos 2020 di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah merupakan syarat utama bagi peserta tersebut untuk melayakkan diri menyertai Kursus Senamrobik Tahap 1 sekaligus melahirkan bakal instruktor pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, En. Mohd Azhari bin Mohammad dalam ucapannya pada Majlis Penutup kursus tersebut mengharapkan peserta dapat menggunakan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini dalam kerjaya masing-masing serta berharap agar kursus ini dapat di anjurkan lagi pada masa akan datang.