KURSUS PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) TAHUN 2020
Oleh: Cawangan Pembangunan Sukan OKU, BPS

Taiping, 20 September – Seramai 32 orang peserta telah berjaya menamatkan Kursus Pengurusan dan Pengendalian Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2020 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara yang merupakan salah satu program operasi latihan di bawah Pengurusan Sumber Manusia bagi penambahbaikan pengetahuan pegawai dalam pengendalian OKU.

Kursus yang berfokuskan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu pengetahuan tentang sukan, kepakaran teknikal, teknologi dan keupayaan pengurusan aktiviti sukan OKU serta membezakan antara kekurangan / kecacatan dengan ketidakupayaan OKU di dalam keperluan aktiviti sukan yang berbeza.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Hj Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim dalam ucapannya pada Majlis Penutup kursus tersebut mengharapkan peserta dapat menggunakan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini dalam kehidupan serta kerjaya masing-masing dalam menambahbaik pemahaman terhadap golongan OKU pada masa akan datang.