WhatsApp Image 2021 03 26 at 5.33.53 PM 1

 

Bangi,  26 Mac 2021 - Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai di Kementerian Belia dan Sukan berjaya menamatkan Kursus Komisar Kebangsaan Lebuhraya 2021 anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) yang berlangsung dari 22 sehingga 26 Mac 2021 bertempat di Avenue Garden Hotel,  Bangi, Selangor.

Kursus yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi pengetahuan tambahan dan meningkatkan kemahiran pegawai dalam pengurusan kejohanan berbasikal terutama yang melibatkan aspek teknikal pertandingan. Kursus selama 5 hari ini dikendalikan oleh pegawai PKBM yang juga Koordinator Antarabangsa UCI Encik Ibrahim Omar dan dibantu Encik Zainal Yunus.  Selain didedahkan dengan ilmu teori, semua peserta kursus turut menduduki ujian bertulis dan lisan.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Abu Samah Abd Wahab.  Turut hadir Pengarah Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan di Jabatan Belia dan Sukan Negara,  Puan Siti Ratnasari binti Abdul Razak.