IPOH, 20 MAC 2022 - Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu hadir merasmikan penutup Konvensyen Pegawai Belia dan Sukan 2022 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh.

Dihadiri seramai 267 orang delegasi merangkumi pegawai, penolong dan pembantu di bawah skim perkhidmatan belia dan sukan, konvensyen turut diisi slot khas townhall bertemakan "Merekayasa Kelestarian Sinergi dan Kecemerlangan Profesion Belia dan Sukan".

Selain aspirasi yang dikongsikan YB Menteri, delegasi turut bertuah kerana berpeluang mendengar perkongsian dan berinteraksi secara terus bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato Sri Mohd Shafiq bin Abdullah dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan.

Antara aspirasi yang telah diperbincangkan secara mendalam dan kritis antaranya adalah hala tuju perkhidmatan awam, pemerkasaan perkhidmatan belia dan sukan dan sebagainya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA), YBhg. Dato' Dr. Zulkapli Mohamed dan Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Disediakan oleh: Media JBSN.