WhatsApp Image 2020 12 21 at 12.08.34 PM

Gopeng, 19 Disember 2020- Telah berlangsung Klinik Asas White Water Rafting selama dua (2) hari bermula 19 dan 20 Disember 2020 bertempat di Riverside Camp Gopeng, Kampung Jahang, Perak.
 
Klinik ini adalah anjuran bersama Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Kelab Rekreasi Shah Alam (KRESA). Klinik ini disertai seramai 33 orang peserta dan 7 orang jurulatih.
 
Tujuan utama klinik ini di anjurkan adalah bagi mempromosikan lokasi-lokasi sukan rekreasi memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2020 dibatalkan akibat Pandemik Covid-19.

Perasmian penutup Klinik Asas White Water Rafting disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.