PUTRAJAYA, 17 FEBRUARI 2022 - Bagi memastikan kelancaran dan impak pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di peringkat akar umbi dan komuniti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) termasuklah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengadakan kunjungan hormat ke atas KSU Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib.

Delegasi KBSN diketuai TKSU (Pengurusan) KBS, YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, pelbagai potensi kerjasama dibincangkan bagi memperkasakan pembangunan belia dan sukan termasuklah peranan yang akan digerakkan JBSN dengan potensi kerjasama daripada KPKT.

Turut serta, Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari bin Mohammad.

DItulis oleh: Media JBSN