KBSi GO LIVE Peringkat Kebangsaan 2021KBSi GO LIVE peringkat Kebangsaan telah dianjurkan oleh Persatuan Senamrobik Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negara yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan menggunakan perisian digital terutamanya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dalam menjalankan kursus secara dalam talian. Program ini telah dilaksanakan di AC Hotel Penang pada 12 hingga 14 Nov. 2021 yang dihadiri oleh 15 orang pegawai dari seluruh negeri. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Mozakir bin Buyong Mokhtar.