PUTRAJAYA, 22 FEBRUARI 2022 - Selaras dengan hasrat memperkasakan pembangunan belia dan sukan, KBS diketuai Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan mengadakan perbincangan khusus bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berlangsung di KPM Putrajaya, sesi perbincangan yang dipengerusikan KSU KPM, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof antara lain telah membincangkan potensi kerjasama strategik di antara kedua belah pihak terutamanya melibatkan pembangunan belia dan sukan.

Turut serta, KP JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, Encik Sabran Abd Bahar.

Ditulis oleh: Media JBSN