Tahun ini anda menyaksikan persembahan mereka di Taman Cabaran Putrajaya, mungkin tahun 2022 anda akan saksikan mereka mewakili Malaysia di pentas Sukan SEA Vietnam, Sukan Asia Hangzhou atau Sukan Komanwel Birmingham. Belum cuba, belum tahu ! Jom penuhi jadual hujung minggu anda ke Karnival Sukan Xtreme 2021 mulai 4 Disember 2021 hingga 5 Disember 2021 bertempat di Taman Cabaran Putrajaya. Saksikan persembahan bakat hebat bagi setiap kategori sukan ekstrem yang dipertandingkan antaranya adalah Skateboard, Inline Skating, Mendaki Tembok Tiruan, BMX dan Mountain Bike. Jumpa anda di Taman Cabaran Putrajaya !!! https://maps.app.goo.gl/9ZZpBWPhSokdWepJ6