PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2022 - Pelumba muda negara, Amer Harris Jefry hadir ke Menara KBS hari ini bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Mencipta fenomena tersendiri, Amer pernah merangkul beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa antaranya Rotax Max Challenge Asia 2030, IAME X30 Asia dan beberapa lagi.

Bagi menghadapi cabaran baharu bagi tahun 2022, Amer hadir bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan arena permotoran negara termasuklah potensi penyertaan di kejohanan antarabangsa.

"JBSN berasa bangga dengan kejayaaan belia Malaysia seperti Amer yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Kejayaan Amer seharusnya dijadikan contoh buat belia-belia di luar sana untuk sentiasa bekerja keras seterusnya memberikan impak kepada negara," ujar Tuan Mohd Azhari sejurus sesi perbincangan.

Turut serta, Penolong Pengarah Unit Sukan Permotoran, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, Mua'zam Shah Abdul Mutalib

Ditulis oleh: Media JBSN