PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2022 - JBSN bersedia dan komited menjayakan agenda pemerkasaan sukan untuk semua seperti aspirasi yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Salah satu strategi yang akan dilaksanakan adalah menerusi penganjuran program dan aktiviti sukan untuk semua di peringkat akar umbi.

Bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti berjalan lancar, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan secara hibrid dari Menara KBS, Putrajaya yang melibatkan Pengarah-Pengarah serta pegawai dan kakitangan JBS Negeri di seluruh negara.

Dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad, mesyuarat antara lain membincangkan mengenai kaedah, gerak kerja dan strategi pelaksanaan program dan aktiviti. 

Turut hadir, TKP Majlis Sukan Negara (MSN), Encik Suhardi Alias dan wakil Institut Sukan Negara (ISN).

Ditulis oleh: Media JBSN