15 Mei 2016,Balik Pulau, Pulau Pinang – Pameran Hari Sukan Negara telah diadakan pada Program Fit Malaysia Fasa II Pulau Pinang pada 15 Mei 2016 yang lalu. Pameran Hari Sukan Negara ini adalah merupakan jelajah pameran Sekretariat Hari Sukan Negara bagi mempromosikan Hari Sukan Negara yang akan disambut pada 8 Oktober 2016 kelak. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada pameran tersebut adalah mini putting golf dan sesi bergambar HSN serta memuat naik gambar di akaun media sosial masing-masing. Jelajah pameran yang berikut akan diadakan di Program Fit Malaysia Fasa II Negeri Perak pada 29 Mei 2016 bertempat di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar. Pameran tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung untuk mencuba permainan yang disediakan dan juga untuk mendapatkan informasi berkaitan Hari Sukan Negara. YB. Menteri Belia dan Sukan turut singgah di pameran HSN semasa sesi walkabout Fit Malaysia.




   


Disediakan oleh : Javiques Badana Joannis, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara