TROLAK, 12 FEBRUARI 2022 - Seramai 35 orang peserta dalam kalangan peringkat akar umbi telah menyertai Klinik Asas Mini MX (Motocross). Klinik ini adalah sebahagian daripada komponen di bawah MyFIT @ Motorsports Peringkat Negeri Perak.

Peserta didedahkan dengan asas pengendalian jentera motocross termasuklah teori, demo, penyelenggaraan dan perubatan kecemasan di mana telah dianjurkan di Felda Trolak Selatan, Perak.

Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mencuba sendiri trek motocross dengan penyeliaan ketat oleh barisan jurulatih yang bertauliah bagi memastikan aspek keselamatan diberikan keutamaan utama.

Majlis penutup disempurnakan oleh ADUN Slim, YB Mohd Zaidi Aziz. Turut hadir, Pengarah JBS Negeri Perak, YBrs. Encik Mohd Soufi Ibrahim.

Ditulis Oleh: Media JBSN