WhatsApp Image 2021 02 05 at 4.58.49 PM  

PUTRAJAYA, 5 Februari 2021: Bicara Polisi Visi Sukan Negara 2030- Pembudayaan sukan bersama pemegang taruh sukan untuk semua dengan kerjasama MARFIMA telah diadakan pada jam 11 pagi tadi secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Sesi ini dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato' Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara  (JBSN) dan YBhg. Dato' Suroya bin Selamat, Presiden Malaysian Leisure and Recreation Council (MARFIMA). Seramai 89 orang peserta telah menyertai sesi ini yang mewakili 37 Badan Sukan, 8 Syarikat swasta Yang merupakan pemain industri sukan dan wakil-wakil agensi di bawah KBS secara dalam talian. Secara keseluruhan, terdapat 6 teras, 22 strategi dan 79 inisiatif dalam Visi Sukan Negara 2030, di mana sesi kali ini menfokuskan  Teras 1 iaitu Pembudayaan Sukan untuk menambah input serta memperkasakan lagi 7 strategi 29 inisatif yang sedia ada di bawah Teras 1.Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah En. Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN.