Port Dickson,16 November 2021 – Bengkel Post-Mortem Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) dan Pelaksanaan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) telah diadakan di Thistle Resort & Spa Port Dickson yang berlangsung bermula pada 14 hingga 16 November 2021 yang melibatkan 45 pegawai dan peserta semua negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mengenal pasti halatuju dan syor Hari Sukan Negara serta penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang. Selain itu pelaporan pelaksanaan HSN 2021 di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah jugak turut di bentangkan bagi menilai kualiti dan kuantiti program untuk HSN 2022 tahun hadapan.Asas perancangan HSN 2021 adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan budaya hidup cergas serta aktif. Selain itu program HSN 2021 dapat menyemarakkan semangat perpaduan pelbagai kaum serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan negara.Turut hadir bagi perasmian penutup bengkel tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan iaitu YBrs. Encik Mohd Azhari Mohammad serta Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan (PP) Encik Sabran Bin Abd Bahar, Pengarah Cawangan Pembangunan Rekreasi (R) Encik Nor Azli Daud dan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU), Encik A. Raman Musbah.