TAIPING, 13 SEPTEMBER 2020 – Satu Bengkel Pengurusan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan 2020 anjuran Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU), Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Taiping, Perak.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan Pemantapan Program/ Aktiviti Sukan OKU di peringkat akar umbi dan Pengendalian Aktiviti Sukan mengikut ketidakupayaan peserta OKU. Sesi kursus telah disampaikan oleh Encik Mohd Sofian bin Hamzah, Pemangku Pengarah Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Tuan Halimon bin Haji Mohamad Sood selaku Pengarah Urusan, Akademi Badminton Sports Affair yang jugak Mantan Pengarah Bahagian Paralimpik, MSN.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak, Tuan Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim. JBS Negeri Selangor diwakili oleh Encik Mohd Ayob bin Rahmat dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor dan Encik Muhammad Khairul Zafri bin Norman Shah dari PBSD Kuala Selangor.

Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor

Disunting oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda