KUALA LUMPUR, 22 MAC 2022 - Dato' Azizulhasni Awang dan saudari Tan Cheong Min masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan di Majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020.

Bagi kategori para pula, atlet paralimpik memanah negara, saudara S. Suresh dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan. 

Majis berprestij ini yang bertujuan mengiktiraf dan meraikan sumbangan wira-wira sukan negara diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur, majlis turut dihadiri Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri ahmad Faizal bin Dato' Azumu.

Edisi penganjuran kali ini begitu istimewa kerana digabungkan bagi tahun 2019 dan 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 bagi meraikan pencapaian gemilang atlet negara.

Turut bersama meraikan ASN 2019/2020, Ketua Setiausaha KBS, Dato' Jana Santhiran Muniayan; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad dan pengurusan tertinggi KBS.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

SENARAI PENUH PEMENANG ASN 2019/ 2020

  • OLAHRAGAWAN KEBANGSAAN: DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG (BERBASIKAL)
  • OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN: TAN CHEONG MIN (WUSHU)
  • OLAHRAGAWAN PARALIMPIK KEBANGSAAN: SURESH SELVATAMBY (PARA MEMANAH)
  • OLAHRAGAWATI PARALIMPIK KEBANGSAAN: TIADA PEMENANG
  • PASUKAN LELAKI KEBANGSAAN: PASUKAN TENPIN BOLING LELAKI (TRIOS) - MUHAMMAD RAFIQ BIN ISMAIL, AHMAD MUAZ BIN MOHD FISHOL DAN MUHAMMAD SYAFIQ RIDHWAN BIN ABDUL MALEK
  • PASUKAN WANITA KEBANGSAAN: PASUKAN TERJUN SEIRAMA WANITA - DATO' PANDELELA RINONG DAN LEONG MUN YEE
  • JURULATIH LELAKI KEBANGSAAN: MARZUKI BIN ZAKARIA (PARA MEMANAH)
  • JURULATIH WANITA KEBANGSAAN: NOR HASHIMAH BINTI ISMAIL (LAWN BOWLS)
  • ANUGERAH TOKOH SUKAN: DATO' SIEH KOK CHI
  • ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN: ALLAHYARHAM DATO' SERI ZOLKPLES BIN EMBONG, DATUK S. VEGIYATHUMAN (KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA) DAN LT KDR (B) KAMARUZAMAN BIN KADIR (PERSATUAN POWERLIFTING PARA MALAYSIA)
  • ANUGERAH KHAS: PERSATUAN HOKI NEGERI PERAK (PIALA SULTAN AZLAN SHAH), SEKOLAH KEBANGSAAN LEMOI CAMERON HIGHLANDS DAN KELAB PENYOKONG SUKAN MALAYSIA FAMEMAS