WhatsApp Image 2021 03 09 at 3.28.35 PM

9 Mac 2021, Putrajaya - Satu sesi taklimat "Anda Tanya Kami Jawab" telah diadakan pada jam 3 petang secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Sesi ini merupakan siri ke 3 bagi menjawab pertanyaan dan mendapatkan maklumbalas daripada Pegawai Belia dan Sukan di akar umbi khususnya daripada mereka yang bertugas secara kader di Kolej Komuniti, Politeknik dan institusi latihan berhubung pelaksanaan pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi di lokaliti masing-masing. 
 
Sesi siri 3 ini diketuai oleh Ketua Sekretariat Bilik Gerakan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dan mendapat penyertaan seramai 82 orang dengan tempoh soal jawab selama satu jam setengah.