TAWAU, 4 OGOS 2019 – FitMalaysia 2019 Edisi Sabah telah berjaya menarik kehadiran seramai 20,000 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program dua hari bermula 3 Ogos 2019  di Padang Bandaran Tawau adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Majlis Perbandaran Tawau telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal. Turut hadir, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Kepada Menteri Belia dan Sukan, serta Datuk Ir Amrullah Haji Kamal, Presiden Majlis Perbandaran. 

Oleh: Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.