ALOR SETAR, 13 OGOS 2022 - Karnival Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah secara rasminya menutup tirai di mana penutupan disempurnakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, pelbagai aktiviti dan pengisian berlangsung antaranya melibatkan segmen pameran kerjaya Y-Career, ekonomi, sukan & rekreasi, seni mempertahankan diri dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Hari Belia Negara merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang ditujukan khas buat golongan belia yang turut memberikan impak yang signifikan di dalam pembangunan negara.

"Selain di peringkat kebangsaan, HBN turut diadakan di seluruh negara merangkumi peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di mana mengangkat tema Ini Masa Kita," tambah beliau.

Lebih manis, turut diadakan penyerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah yang menyaksikan kejayaan saudara Amir Syarifuddin Abdul Majid (Kategori Lelaki), saudari Puteri Seri Mawar Megat Abdul Rahmani (Kategori Wanita) dan PeBMA Bandar Baharu (Kategori Pertubuhan Belia).

Turut bersama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Abd Aziz Abd Rahman.

Ditulis oleh: Media JBSN